Sunday, May 18, 2008

Pliers


Selamat Hari Ibu & Salam hujung minggu yang indah.

Hari ini kita akan belajar mengenali alatan2 yang digunakan untuk membuat aksesori.

Pliers Wajib:

1) Round Nose Plier - Untuk membengkok dan membuat looping(bentuk bulatan) aneka saiz

2) Flat @ Chain Nose Plier- Untuk membengkok, membentuk, memegang, membuka jumpring, mengeluarkan tali dari jarum dan yang paling utama mengemekkan segala benda So berhati2 jangan terkemek jari anda.


3) Cutter Plier- Untuk memotong wire, tali, etc jangan potong jari sendiri atau jari org lain



Pliers Sampingan(optional):

1) Nylon Plier- Untuk meluruskan segala wire. maaf, tak boleh digunakan untuk meluruskan rambut anda. Berguna sekiranya banyak membuat aksesori dari wire.

Terdapat banyak lagi alatan2 lain yang di gunakan oleh profesional beader, tetapi sebagaipermulaan cukup la 4 pliers ni. Pliers ini boleh digunakan untuk semua jenis aksesori.

Ketiga2 plier wajib boleh di beli terus dari saya pada harga:

xxxxx

Walau bagaimanapun saya tidak menjual Nylon Pliers kerana harganya agak mahal dan susah di dapati di Malaysia. Sekiranya berminat sila email pada saya.
Kualiti pliers yang saya jual tidak sama seperti gambar diatas, itu cuma gambar contoh pliers untuk profesional yang bernilai RM25.00 untuk 1 plier. Harap maklum.

No comments: